Panduan cuti sekolah bersama anak² anda
Sempena cuti persekolahan ni, bawak anak pergi mana, bercuti, melancong ke...
Ini yana bagi panduan cuti persekolahan dan memberi manfaat kepada mereka
1. Menyertai Kem Ibadah & Motivasi
- anak² ibarat kain putih yang memerlukan strategi, kemahiran, kepakaran agar melahirkan sahsiah dan akhlak yang terpuji.
- pemahaman tentang ilmu berkaitan solat, doa harian,zikir bacaan dan hafazan Al- Quran.
- Kem Motivasi dapat membentuk dan meningkatkan keyakinan diri anak².
.
.
2. Bersukan
- masa cuti sekolah ini ibu bapa bole ajak anak riadah dan bersukan sama ada join aktiviti riadah seperti outdoor activities seperti hiking, flying fox ke...challenge activities..beranikan anak anda...
.
.
3.Menghadiri kelas bahasa
- mempersiapkan diri anak anda dengan mahir pelbagai bahasa untuk masa depan..
- Memperkuatkan penguasaan bahasa inggeris, hntar kelas bahasa cina, perancis, arab, jerman dan sebagainya
.
.
4.Melawat datuk & nenek di kampung
- suasana di kampung amat berbeza di bandar
- anak² lebih terbuka untuk berkawan,
-Fikiran lebih luas, mana taknya nak air panjat pokok kelapa...nak buah kena ambik galah ..akan mengajar erti susah dan berdikari.
.
.
5.Melakukan kerja amal..
- menerapkan nilai² murni di dalam hati anak²
.
.
6.Melancong
- samada dalam atau luar negara
- Buka minda mereka melihat dunia luar berbeza seperti melawat tempat bersejarah,taman tema, pusat perlancongan & pelbagai tempat menarik yang belum dilawati.
.
.
7.Ulangkaji pelajaran
- refresh otak,walaupun inilah aktiviti paling membosankan bagi anak²...
- cuba bagi mereka ulangkaji secara ringkas supaya tidak terlupa bila bukak sekolah nanti.
.
.
8.Belajar berniaga
- mengajar berniaga mengajar anak anda erti sikap bertanggungjawab, jujur, amanah dan berani menanggung risiko
-dalam masa yang sama bole menambah duit poket.
Perancangan aktiviti yang bermanfaat kepada anak-anak amat penting agar mereka tidak mudah terjebak dengan kegiatan yang boleh merosakan akhlak dan membuang masa. Bimbingan dan masa yang diluangkan oleh ibu bapa terutama ketika masa lapang anak-anak akan lebih mengeratkan jalinan kasih sayang.
Rancanglah sebaiknya masa anak anda, bimbingan dan masa diluangkan bersama anak anda dapat mengeratkan jalinan kasih sayang.
Sekian..celoteh yana hari ini
Yana
0135823362
No comments:
Post a Comment