Tuesday 9 May 2017

Tips kurangkan alahan semasa hamil

Kurangkan Alahan Semasa Hamil

1.Tidak tergesa-gesa ketika bangun dari tidur.

 sebaliknya baring dahulu beberapa minit. Relakskan diri anda dan berikan badan anda masa untuk bersedia menghadapi hari baru. Bangun perlahan-lahan dan duduk seketika sebelum berdiri.

2. Simpan snek ringan
 Makanan seperti biskut tawar di sebelah katil dan makan sejurus bangun dari katil. Ini akan membantu menyerap asid perut.

3. Elakkan minum air semasa perut kosong ketika bangun dari tidur. 

Minum air hanya setelah anda menjamah sedikit snek ringan. Minum air semasa perut kosong boleh mencetuskan rasa loya/muntah.

4. Makan kerap dalam kuantiti yang sedikit

Makan kerap. Makan sedikit tetapi kerap iaitu diantara 6-8 kali sehari (termasuk makanan berat, makanan ringan, buah-buahan dan sayuran). 

Bila anda lapar, makan sahaja. Tak perlu nak tunggu masa lunch, baru nak makan. 

Bawa makanan yang senang dibawa seperi biskut dan roti bersama anda. Pastikan makanan yang diambil mengandungi zat besi yang mencukupi untukmengelakkan hb darah turun semasa hamil.

Cuba makan setiap 2-3 jam untuk memastikan perut anda tidak kosong.

5. Elakkan berbaring selepas makan 

Ok, amalan ini memang sangat tidak elok di lakukan (Walaupun anda tidak hamil).

Terutama mengiring di atas rusuk kiri kerana ia melambatkan proses pencernaan.

6. Elakkan dari bau yang membuat rasa mual

Jauhkan dari bau-bauan/makanan  yang boleh merangsang rasa loya.

Ada sesetengah orang, bau nasi hampir masak membuatkan dia rasa mual. 

Ada yang bau suami pun tak boleh, rasa nak muntah. Macam-macam kerenah yang saya pernah dengar. 

7. Makan makanan yang telah suam.

Bagi ibu hamil, lebih sesuai untuk makan pada suhu bilik kerana makanan yang panas mempunyai aroma yang lebih kuat.

Bau yang kuat boleh mendatangkan loya pada ibu yang sensitif deria baunya.

8. Elakkan makan makanan yang pedas dan bergoreng

Elakkan makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng kerana ia sukar dihadam dan boleh mengganggu perut.

Makanan yang bergoreng, berlemak dan pedas dapat membuatkan anda rasa loya dan mual. Anda rasa nak muntah. Elakkan lah.

Bukankah mencegah itu lebih baik daripada berubat.

9. Makan pisang diantara waktu makan boleh mengekalkan kadar gula dalam darah.

 mengurangkan rasa mual/muntah serta mengurangkan simptom pedih hulu hati.

10. Makan benda masam

Makanan yang masam boleh mengurangkan rasa loya namun bagi yang mengalami masalah gastrik, boleh juga menggantikannya dengan halwa halia/gula-gula.

Ini memang sinonim dengan ibu hamil. Mengandung dan makan benda masam memang bersahabat baik. 

Namun, saya bukan jenis yang suka makan asam dan benda-benda masam. Saya makan juga ketika mengalami alahan. Ianya memang berkesan. 

11. Makan atau minum makanan/minuman berhalia untuk melegakan kembung perut. 

Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati kerana dos yang telalu tinggi boleh mencetus penghasilan jus gastrik.

12. Mengambil suplemen / Makanan Tambahan

Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur.

Anda juga boleh mengambil suplemen seperti Peppermint Ginger Plus Shaklee. 

Halia memang terbukti dapat membantu masalah alahan ini. Ianya dapat memberi kelegaan kepada perut anda sekaligus mengurangkan rasa loya. Anda boleh dapatkan Peppermint Ginger Plus di sini.

13. Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan 

Memang ada perbezaan makan suplemen semasa hamil.

Vitamin seperti B6 boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk.

Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

14. Elakkan makan bersulam air

Menurut islam, minum dan makan berelang seli tidak digalakkan.

Ini kerana ia boleh menjejaskan proses penghadaman.

15. Rancang Jadual Pengambilan Air

Cuba minum diantara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. 

16. Banyakkan minum air kosong

Pastikan anda minum dengan kerap namun jangan minum terlalu banyak pada satu-satu masa sehingga boleh menyebabkan anda kenyang. Cuba hisap kiub ais/ais krim buah-buahan jika anda loya.

Disebabkan anda selalu muntah, bendalir dalam badan berkurang. Jadi, kerap minum air kosong supaya badan anda tidak dehydrate. Air kosong juga dapat memberi kesegaran kepada badan anda.

17. Minum air kosong secukupnya

Ini bagi mengelakkan dehidrasi serta jangkitan bakteria H.pylori. Anda juga disarankan minum minuman susu kultur yang mengandungi bacteria baik (Lactobacillus) atau makan yogurt untuk mengurangkan simptom morning sickness akibat bakteria ini.

18. Cuba terapi semulajadi. 

Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau rawatan alternatif homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

19. Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. 

Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.

20. Buat urutan refleksologi

Tekanan acupressure pada titik yang berkaitan loya/muntah.

21. Pakai pakaian yang longgar dan selesa. 

Ini disebabkan perubahan hormon  wanita hamil menyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetus perut anda mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak.

22. Rehat & Berada dalam keadaan selesa

Ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

Pastikan persekitaran anda selesa. Udara yang bersih. Pakaian yang selesa. Anda akan rasa lebih tenang dalam keadaan yang selesa. Tak usahlah ke tempat-tempat yang sesak, panas dan tidak bersih. Ini boleh menambahkan rasa mual anda.

23. Dapatkan khidmat doktor sekiranya keadaan anda bertambah teruk.

24. Kurangkan aktiviti yang menambah rasa mual

Contohnya jika anda menonton televisyen menyebabkan anda rasa mual. Anda tak perlu tonton televisyen. Kurangkan aktiviti tersebut.

25. Elakkan perut kosong

Bangun awal pagi, terus makan biskut atau roti. Ini memang dapat mengurangkan rasa mual. Bila perut kosong dan berangin, mulalah ‘ombak’ mual akan datang. Jadi, jangan biarkan perut anda kosong. Makan sebijik tamar setiap pagi pun bagus. Dapat memberi tenaga segera kepada kita.

26. Makan buah-buahan

Ada petua orang tua mengatakan memakan epal hijau dapat mengurang rasa mual. Anda mungkin boleh cuba.

Para suami seharusnya banyak bersabar dan memahami keadaan isteri ketika hamil. Fahamilah keadaan mereka yang sedang mengandungkan anak. Isteri sangat memerlukan perhatian dan sokongan suami semasa hamil. Jangan suami pulak yang loya dan muntah. Terbalik kod! 😉

Pengedar Shaklee 1 Malaysia

Yana
013.582.3362

No comments:

Post a Comment