Assalamualaikum...hi..
.
Sekarang dah 12 January 2017, duit gaji memasing mesti ada separuh lagi, seciput atau dah habis guna..setengah terus bayar apa nak bayar, setengah buat perancangan kewangan secara bertulis..tetapi itu adakah sudah berkesan..
.
Macam yana suka mencatat dan menyimpan duit ikot pembahagian.so, kita boleh nampak duit kita tu nak spend ke mana..
..
Yang ni kita panggil 7 jars... Asalnya 6 jars , kita tambah satu untuk parents kita.
7 Jars System adalah konsep menyimpan wang yang diubahsuai daripada 6 Jars Money Management System yang diasaskan oleh T. Harv Eker.
6 jars mewakili 6 tabung iaitu:
💰 NEC (necessity) - tabung untuk keperluan harian, bayar bil, groceries, dan lain-lain
💰 EDU (education) - tabung untuk pembelajaran, buku, kelas, untuk personal growth
💰 LTS (long-term saving for spending) - tabung untuk beli sesuatu yang mahal seperti rumah
💰 FFA (financial freedom) - tabung untuk bersara
💰 PLY (play) - tabung untuk hobi, travel dan sebagainya
💰 GIV (give) - tabung untuk menderma
Untuk 7 Jars, kita tambah SATU lagi jar iaitu:
💰 PAR (parents) - wang bulanan untuk ibu bapa
Bagaimana kita nak mulakan 7 Jars ni?
Setiap bulan, duit bonus/gaji kita bahagikan ikut percentage.
NEC 50%
EDU 5%
LTS 10%
FFA 5%
PLY 10%
GIV 10%
PAR 10%
Contoh kalau duit bonus atau gaji kita sebanyak rm2000.
RM1000 untuk NEC, keperluan harian
RM100 untuk EDU, beli buku, bayar workshop, tambang pergi kelas, hutang PTPTN
RM200 untuk LTS, kumpul duit untuk beli rumah
RM100 untuk FFA, untuk melabur beli emas
RM200 untuk PLAY, tabung travel dan hobi
RM200 untuk GIVE, sedekah, menderma
RM200 untuk PARENTS
Percentage boleh diubah mengikut kesesuaian masing-masing tetapi setiap bulan mesti disiplin dan menyimpan ikut percentage yang dah ditetapkan.
Disiplinkan diri...sikit-sikit lama-lama jadi bukit ...
.
Tak kisah korang nak letak dalam botol ke atau sampul..better botol, korang lebih nak disiplin lagi..
.
#tsunamishaklee
#shakleeefect
#liveamazing
#thebestone


No comments:
Post a Comment