Wednesday, 25 January 2017

Jangan Berhenti

Semangat itu macam api, api yang kecil apabila dikipas kipas akhirnya akan menjadi besar dan membara’..

Pernah dengar tak pepatah nii ..dan pernah tak rasa..atau rasa sebaliknya..bila dikipas , api akan menjadi kecil dan kecil..

Nabi Muhammad dulu lagi hebat dakwah dia. Macam macam baginda kena tapi baginda tak berhenti dan lihat hasil baginda? Islam akhirnya berjaya ditegakkan. So, Jangan Berhenti bila kita dah mulakan..Alang² Menyeluk Pekasam biar sampai ke pangkal lengan..

Macam kita berusaha bersungguh sungguh untuk dapat kan sesuatu ataupun habuan. Walaupun kita penat tapi tak berhenti sebab kita tahu apa yang akan jadi kalau kita berhenti. Istiqamah ! Teruskan istiqamah dalam perjuangan. Jangan berhenti walaupun apa jua keadaaan yang menghimpit kamu. Ini adalah dugaan untuk kita sebagai hamba Allah. Di dalam Quran Allah berfirman

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Kamu mula give up apabila kamu tidak berjaya dalam peperiksaan. Tidak dapat UPU atau pointer kamu rendah. Adakah kamu menyangka orang yang berjaya itu memang dilahirkan terus sempurna dan terus berjaya? TIDAK ! Orang orang yang berjaya semuanya berusaha dan tidak berhenti !  Lihat sahaja Dakwah Baginda SAW. Bagaimana baginda berusaha sehingga berjaya? Sebab apa? Sebab baginda tidak berhenti berusaha. Contoh lain juga seperti Muhammad Al Fateh. Di usia yang muda sudah berjaya merobohkan tembok konstatinopel malah beliau juga menawan kota itu.

Apakah alasan kita untuk berhenti? Adakah kamu ingin berjaya hanya duduk diam goyangkan kaki? Kalau kamu main game dan bersukan sebagainya kamu juga perlu berusaha untuk memahirkan diri kamu dalam bidang tersebut supaya mudah kamu lakukan dan akhirnya kamu? Berjaya ! Jika kamu mahukan sesuatu maka berusaha lah kamu. Allah nilai usaha kita bukan kejayaan kita. Jadi... JANGAN BERHENTI !

Jadi yana pon akan memperjuangkan bisnes..Alang dah mulakan bisnes Shaklee biar sampai Master Coodinator...Jangan berhenti, terus meroket...

Nak join ahli team shaklee dah lahirkan ramai jutawan..jom mulakan dengan bisnes Shaklee..
.
Yana: 013-582-3362

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeefect
#thebestone

No comments:

Post a Comment