Saturday, 25 March 2017

Punca Keletihan Badan dan Cara Mengatasinya

PUNCA KELETIHAN dan CARA MENGATASI

TIDAK CUKUP TIDUR

✾ Anda tidak mendapatkan tidur yang mencukupi

✾ Boleh menyebabkan tumpuan dan kesihatan anda terjejas

✾ Orang dewasa perlu mendapatkan 7 – 8 jam tidur setiap malam

✾ Atasinya dengan:

 Jadikan tidur itu satu keutamaan

 Tidur tepat pada waktunya

 Jauhkan laptop, phone, tv dari bilik anda

 Jika masih mempunyai masalah, anda berkemungkinan mengalami GANGGUAN TIDUR (sleep disorder) – jumpa doktor anda

SLEEP APNEA

✾ Sesetengah individu merasakan bahawa dirinya mendapat tidur yang mencukupi, akan tetapi sleep apnea mengganggu anda

✾ Sleep apnea bagaikan memberhentikan nafas anda pada waktu malam

✾ Setiap kali anda diganggu anda akan terjaga tetapi berkemungkinan anda tidak sedar

✾ Kesannya anda tidak dapat tidur yang cukup walaupun telah “tidur” selama 8 jam

✾ Atasinya dengan:

 Kurangkan berat badan anda sekiranya berat anda berlebihan

 Berhenti merokok

TIDAK CUKUP TENAGA

✾ Makan terlalu sedikit atau makan makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan anda rasa keletihan

✾ Makan makanan yang seimbang kerana ia boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dalam range yang normal

✾ Atasinya dengan:

 Jangan skip breakfast

 Ambil protein dan karbohidrat dalam setiap hidangan

 Makan makanan ringan tetapi berkhasiat lebih kerap untuk tenaga yang berpanjangan

ANEMIA

✾ Sering berlaku di kalangan wanita

✾ Wanita berada dalam risiko kerana wanita akan kekurangan zat besi sewaktu kedatangan haid

✾ Sel-sel darah merah sangat diperlukan kerana ia membawa oksigen ke tisu dan organ-organ anda

✾ Atasinya dengan:

 Makan makanan yang tinggi khasiat zat besi seperti daging tanpa lemak, hati, kerang, kekacang

 Ambil supplement yang mengandungi zat besi

KEMURUNGAN

✾ Kemurungan bukan sahaja melibatkan emosi malah juga keadaan fizikal anda

✾ Keletihan, sakit kepala, hilang selera makan adalah antara tanda-tanda biasa

✾ Jika anda rasa keletihan dan kemurungan lebih dari seminggu, jumpa doktor anda

✾ Atasinya dengan:

 Lakukan psychoteraphy

 Ambil supplement atau ubat-ubatan

HYPOTHYROIDISM

✾ Tiroid adalah kelenjar kecil yang berada di pangkal leher anda

✾ Tiroid tersebut mengawal metabolisme anda dan menukarkan makanan kepada tenaga

✾ Jika kelenjar tidak aktif dan fungsi metabolisme terlalu perlahan, anda akan rasa lembap dan menambahkan berat badan anda

✾ Atasinya dengan:

 Sekiranya ujian darah sah kan hormon tiroid anda rendah, hormon sintetik boleh membawa kepada keletihan

TERLALU BANYAK CAFFEINE

✾ Caffeine boleh membantu meningkatkan kecerdasan dan tumpuan pada dos yang sederhana

✾ Namun begitu, jumlah pengambilan caffeine yang terlalu banyak boleh meningkatkan kadar jantung, tekanan darah, dan jitteriness

✾ Terlalu banyak jumlah caffeine juga menyebabkan keletihan

✾ Atasinya dengan:

 Kurangkan pengambilan kopi, teh, coklat, minuman ringan, dan ubat yang mengandungi caffeine secara beransur-ansur

 Berhenti caffeine secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan keletihan

DIABETES

✾ Mereka yang mengalami diabetes mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam aliran darah dan bukannya memasuki sel badan yang seterusnya akan ditukarkan kepada tenaga

✾ Atasinya dengan:

 Ubah gaya hidup anda seperti kerap melakukan senaman

 Jaga pemakanan anda

 Kawal pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula

DEHYDRATION

✾ Keletihan anda mungkin menunjukkan bahawa anda dehydrate

✾ Anda memerlukan air secukupnya tidak kira cara anda bekerja

✾ Dahaga merupakan anda dehydrate

✾ Atasinya dengan:

 Kerap minum air sepanjang hari

 Minum sekurang-kurang 2 gelas setiap sejam

 Minum 2 gelas atau lebih sebelum dan selepas melakukan aktiviti

Haaa..kira jelas dah nii...
Jom amalkan

#pengedarshaklee

No comments:

Post a Comment